Wednesday, September 2, 2009

Taklik yang berkuasa bagi wanita - GUNAKAN KUASA TAKLIK WANITA

Saya bercita -cita melihat suatu hari nanti , kuasa taklik tersebut akan di luaskan hingga merangkumi bukan sahaja hak cerai sekira isteri ditinggalkan atau dipukul tapi juga hingga ke pembahagian harta sepencarian dapat di laksanakan hanya dalam perjanjian taklik ini.

Taklik ialah seperti 'pre nuptial agreement", sekiranya pasangan tersebut bercerai di kemudian hari, ini akan memendekan proses perceraian dan proses tuntutan di mahkamah. Sekiranya kedua pihak bersetuju dengan perjanjian tersebut, kontrak ini di anggap sah.

Seadainya saya di beri peluang untuk membuat taklik ini ...mungkin taklik saya akan berbunyi begini :-

Sekiranya suami saya tidak memberi nafkah lebih dari sebulan dan mendatangkan kecederaan kepada saya dari segi fizikal atau emosi dengan cara sengaja , tatkala saya mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak dan separuh dari harta kami akan diberikan kepada ia termasuklah separuh dari segala pendapatan saya kepadanya selama waktu edahnya.

he he he


note : bayangkan saya menfailkan tuntutan harta sepencarian pada tahun 2007 sampai sekarang belum selesai lagi. Sekiranya kuasa taklik di praktikan secara betul mungkin hal ini tidak akan berpanjangan. Wallahuallam....

Wanita harus merancang perceraian mereka

Ketika waktu bertunang, kita merancang setiap perinci majlis perkahwinan kita. Hari yang di tunggukan itu di ilih tarikhnya khusus untuk memudahkan jemputan untuk datang menghadiri majlis perkahwinan. Dari hantaran, agar-agar pemanis mulut hinggalah ke kasut pengantin semuanya dirancang begitu teliti.
Ada yang mengupah "wedding planner" untuk memastikan persiapan perkahwinan "tip-top" dan "one time'. Kebanyakan orang mengambil masa hampir setahun untuk menyediakan segala persiapan perkahwinan.

Tapi malangnya tidak ramai yang membuat perancangan bila perkahwinan mereka menuju juram perceraian. Ramai pasangan hanya membuat keputusan singkat , bila sudah bergaduh, tertampar sedikit , terus ke Mahkamah Syariah untuk kita menfailkan tuntutan cerai. Sedangkan ketika itu bebanan kewangan dan bebanan tanggungjawab tidak difikirkan langsung.
Akhirnya wanita juga yang kebanyakannya menjadi mangsa yang terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak mereka.

Yang saya maksudkan di sini dengan merancang ialah :-

1. Menganalisa kembali keadaan situasi perhubungan suami isteri samada perkahwinan ini dapat diselamatkan atau tidak? Sekiranya perceraian menjadi cara penyelesaian -

2. Berapa lama waktu yang akan di ambil untuk melalui proses tuntutan perceraian di mahkamah?

3. Berapa wang simpanan yang ada , untuk menampung perbelanjaan sekiranya suami tidak lagi memberi nafkah bulanan ?

3. Sekiranya isteri tidak bekerja , apakah persediaan si isteri untuk menghadapi saat itu? Bagaimana kita akan memajukan diri kita untuk mendapat pendapatan sendiri?

4. Berapa tanggungan yang diperlukan untuk menyediakan keperluan untuk anak-anak ?

5. Sebagai suami , dia juga merancang apakah dia mampu untuk menanggung 2 buah rumah setelah mereka berpisah ?

Ini adalah antara beberapa perkara yang harus difkirkan dan persediaan yang harus dilakukan untuk memastikan anak-anak tidak terabai. Kita bukan "scheming" , tapi kita beringat dan merancang kerana dunia ibu tunggal tidak lah satu dunia yang senang untuk kita lalui.

Saya tidak ingin melihat wanita dan anak-anak terabai kerana kita mampu melakukan perubahan ini sekiranya kita merancang dan menerima takdir ini dengan sebaiknya.